Saturday, 13 May 2017

Petua Rawat Gout

Assalamualaikum w.bt

Alhamdulillah disini nk share kebaikan minyak 1001, ada seorg customer nie beliau tiba2 diserang sakit gout, biasalah diserang sakit gout hanya Allah saja yg tahu. Disini sy nk kongsi cara perawatan sy merawat gout sy
1. Minyak 1001
2. Halia
3. Serbuk Herba ( yg order khusus daripada china)
4. baldi ( letak air suam utk rendam kaki)
caranya:
1.Buka herba cina, masukan air suam, herba dan beberapa titis minyak1001
2. selepas beberapa minit 10 hingga 20 minit kaki direndam keluar
3. tumbuk halia campur minyak 1001 tampal dibahagian kaki bergout tu bungkus dengan kain biarkan beberapa minit ) Halia ini akan menarik bisa gout tersebut. InshaAllah dengan izin Allah S.W.T sakit gout ini akan berkurang.

Berminat untuk menjalani rawatan @info lanjut blh watsap :

0162340335

RAHSIA BORONG CHINA

Assalamualaikum & salam sejahtera..

🚫Pernah rasa kerja sekarang mcm tak secure??.bila bila masa je company tutup or kena vss😭
🚫Pernah rasa nak cuba bisnes??.Maklum lah Nabi pn bagitahu 9/10 rezeki dari berniaga.
🚫Pernah pergi mana2 seminar bisnes tapi tak.membantu.
🚫Nak bisnes tapi harga dapat pun beza sikit sangat nak cover kos2 lain??

Terima kasih sebab terus membaca👍🏼. Saya nak offer bisnes yang dah lama orang buat,tapi ramai orang kita takut nak buat *BISNES MEMBORONG KE CHINA*❤..Ada macam2 *AUTA* mengenai bisnes ni.
Nak saya share *PENGALAMAN SENDIRI* masa memborong di china?.Saya mencari 10org sahaja untuk saya *SHARE & GUIDE* sehingga berjaya. InsyaAllah😻.
Antara pengalaman saya
📌Pengalaman saya 100% *pergi ke china tanpa modal, siap ada untung rm1800 dlm masa 5hari!!!*
📌Pengalaman sendiri 100% barang harga 23sen, tapi harga market rm5. GILE KAN??
📌Modal rm2000 je tapi saya dapat untung kasar rm18,000. Memang pengalaman saya!!..
📌 *Banyak* lagi case study yang saya akan tunjuk dan sememangnya *100% pengalaman* saya..

Jom lah..peluang dah ada,hanya tunggu kita melangkah sahaja😍.

✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦
INFO SEMINAR
✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦
SHAH ALAM SEL
Tarikh : 13 MEI 2017 (SABTU)
Masa : 9AM - 1PM(sehingga peserta puas hati)
Yuran :
✔RM 50/seorang
✔RM 90/2orang
✔RM 120/3orang
Tempat : TheDepartment Seksyen7 Shah Alam

KOTA KINABALU SABAH
Tarikh : 21 MEI 2017 (AHAD)
Masa : 9AM - 1PM(sehingga peserta puas hati)
Yuran :
✔RM 50/seorang
✔RM 90/2orang
✔RM 120/3orang
Tempat : KOTA KINABALU SABAH
✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦

❌❌ JAMINAN WANG AKAN DI KEMBALIKAN SEKIRANYA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN SEMINAR KAMI ❌❌

*SEAT TERHAD 10 ORG SHJ*

http://www.wasap.my/60162340335

Tuesday, 9 May 2017

KEDAI MAKAN BEST SHAH ALAM

Sejak berkecimpung dengan dunia blog ni. Mula jatuh hati utk menulis dan share segala aktiviti yg kita buat. Blog da rasa mcm diary la plak...hehe..hari ni sy nk share tempat makan pagi yg memang selalu sy pergi sedap harga pun berpatutan. Menu dia nasi kawe je tapi customer boleh tahan gak. Kalau hujung minggu ramai yang kyang bawa family makan & anak-anak makan.

Kedai Nasi JJ SEKSYEN 24, Shah Alam

Harga : Rm 6 sebungkus
air minuman teh, kopi  : bajet Rm2 secawan
buka setiap hari : 8.30 pagi hingga 3 petang
Hari Jumaat : x tentu ( info drp pekerja )

RAHSIA BISNES ORANG CINA

Pernah anda baca Buku RAHSIA BISNES ORANG CINA yang ditulis oleh Ann Wan Seng. Banyak rahsia mereka yang boleh kita sama-sama pelajari. Disini saya senaraikan antara 50 rahsia dan tips bisnes mereka. Kalau anda nak lebih, anda kena dapatkan buku ini dipasaran ye.

1. Kata Ann Wan Seng, berbisnes bagi orang Cina adalah bukan satu kebolehan semulajadi. Berniaga adalah satu kemahiran dan boleh di pelajari.

2.Katanya, PENIAGA TULEN, tak takut cabaran. PENIAGA PALSU, cari untung singkat, tak peduli tanggungjawab sosial.

3.Sejarah perniagaan orang Cina bermula dalam bidang peruncitan.

4. Orang Cina suka berhijrah.

5.Bangsa Cina paling fleksibel, mudah berubah dan menyesuaikan diri dengan apa saja keadaan. Mereka dapat hidup cari makan walau di mana saja mereka berada.

6.Kepercayaan orang Cina, orang yang berniaga tidak akan dipandang rendah. Malah dunia niaga menjanjikan kesenangan, kemewahan dan kebahagiaan.

7.Orang yang bekerja makan gaji dianggap belum lagi dewasa.

8.Mereka yang berniaga dianggap sebagai golongan yang matang dan sering mendapat tempat rujukan..

9.Orang Cina percaya, hanya dengan bekerja kuat dan berani meneroka peluang barulah mereka boleh Berjaya.

10.Kejayaan dan kegagalan banyak bergantung pada SIKAP, USAHA dan KEYAKINAN. (Jaga attitude hokay!)

11.Berniaga boleh dijadikan sebagai hobi tapi bukan bagi mengisi masa lapang.

12.Orang Cina suka mewariskan perniagaan pengalaman niaga mereka kepada anak cucu mereka.

13.Orang Cina tidak suka berniaga atas angin tanpa mengeluarkan usaha dan modal. Baginya, perniagaan macam ni tidak akan bertahan lama.

14.Dalam falsafah perniagaan orang Cina, peniaga tidak boleh mengharapkan keuntungan sebaik sahaja memulakan perniagaannya.

15.Keuntungan yang bakal diperolehi bergantung kepada berapa banyak pelaburan yang sudah dilakukan. ( Bukan pelaburan wang sahaja ye..)

16.Peniaga tulen tidak takut pada persaingan dan kerugian.

17.Konsep perniagaan orang Cina tidak suka 'makan' ataupun mencari untung seorang. Mereka tidak digalakkan membolot segala keuntungan dan kekayaan. Sebaliknya mereka perlu berkongsi segala keuntungan dengan peniaga lain. Kerana bagi mereka, tidak ada peniaga yang boleh hidup seorang diri. Mereka perlu bergantung antara satu sama lain. ( Awesome!! )

18.Peniaga Melayu suka berniaga 'ala mee maggi'. Terutamanya berniaga hanya di bazar ramadhan. Peniaga bermusim bukan saja tidak boleh berkembang, tetapi akan menghadapi masalah modal dan aliran tunai bagi memulakan perniagaan.

19.Peniaga jenis kulat dan cendawan (peniaga bermusim) ini tidak mempunyai ruang di dalam dunia niaga orang Cina.

20. Orang Cina menekankan kepentingan 'siapa cepat dia dapat". Orang kalah kerana dia lambat bertindak.

21.Orang Cina boleh berniaga di kampong Melayu tetapi orang Melayu belum tentu boleh berniaga di kawasan orang Cina. (Fuh, sentap-sentap..).

22.Dalam urus niaga, peniaga perlu tahu membezakan urusan peribadi dengan perniagaan.Kedua-duanya tidak boleh dicampur-adukkan.

23.Orang Cina menggalakkan tawar-menawar sebagai cara memikat pelanggan.

24.Peniaga Cina bersikap tegas dalam menguruskan kewangannya. Hasil keuntungan perlu digunakan bagi menjana lebih banyak keuntungan. Wang perlu membuat wang bukannya menimbunkan hutang dan beban. (Faham?)

25.Orang Cina suka bekerja dengan pantas. Mereka tidak suka buang masa. Apabila bekerja, mereka akan memberikan sepenuh tumpuan bagi menjayakannya. Sebab itulah orang Cina bergerak pada kadar yang laju, makan laju dan cakap pun laju. Lebih laju seseorang bertindak, lebih maju perniagaannya.

26.Bagi orang Cina, untuk berjaya seseorang itu perlu mengalami kesakitan, kesusahan dan juga penderitaan terlebih dahulu.

27.Peniaga Cina akan bersikap terbuka dan berlapang dada apabila berhadapan dengan situasi sukar. Barulah dapat mencari jalan keluar.

28.Sekadar pintar berniaga tidak dapat memberikan hasil yang berkekalan. Ia perlu disusuli dengan sifat-sifat seperti agresif, berani, tahan lasak, bersemangat dan sanggup berjuang bagi merebut segala peluang yang tersedia.

29.Pepatah Cina ada mengatakan, “Jika terlalu berhati-hati akan mati”. Bermakna, untuk berniaga kita perlu mengambil risiko. Peniaga perlu berjiwa besar dan jangan terlalu memikirkan kesan tindak tanduknya. Peniaga perlu percaya dan yakin dengan tindakan serta keputusannya. Keraguan hanya akan menimbulkan perasaan was was. Peniaga yang waswas akan TEWAS.

30.Kerajinan adalah antara faktor kejayaan orang Cina dalam perniagaan. Orang Cina sanggup bangun pada waktu dinihari dan terus bekerja sampai ke malam hari.

31.Orang Cina adalah bangsa yang suka bercakap. Apabila bercakap,mereka akan bercakap dengan suara kuat. Tetapi mereka selalunya buat apa yang mereka katakan. Cakap mereka bukan cakap kosong tetapi disusuli dengan tindakan.

32.Sejak kecil, orang Cina sudah ditanamkan dengan pemikiran supaya tidak bergantung pada orang lain. Mereka percaya mereka mempunyai kebolehan dan potensi.

33. Melalui perniagaan, seseorang berpeluang berjumpa dengan pelbagai golongan manusia. Ini dapat membentuk kemahiran berinteraksi dan menambahkan pengetahuan berkenaan psikologi manusia.

33.Dalam falsafah niaga Cina, tidak ada jalan dan cara mudah hendak menjadi kaya. Orang yang mencari untung jangka masa pendek akhirnya akan kecewa dan lingkup.

34.Jika perniagaan tidak mendapat sambutan ataupun tidak mendatangkan keuntungan, sudah sewajarnya mereka mengkaji dan memperhalusi di manakah kesilapannya, kelemahan serta kekurangannya.

35.Orang Cina lebih suka memfokuskan kepada satu perniagaan sahaja sebelum mengembangkannya kepada bidang perniagaan lain. Dengan itu mereka dapat menguasai perniagaan itu sehingga sukar orang lain hendak menyainginya.

36.Para peniaga Cina mementingkan nilai kemanusiaan dan persahabatan dengan pekerja. Tauke tidak boleh sombong dan bongkak.

37.Seni berniaga bagi orang Cina sangat halus dan tidak memadai dengan mempelajarinya secara teori. Berniaga perlu praktikal, mampu menguasai kemahiran.

38.Sebagaimana seni mempertahankan diri, bidang perniagaan tidak boleh digunakan bagi menganiayai orang lain.

39.Orang Cina adalah satu bangsa yang kritikal. Peniaga yang melakukan manipulasi dan menggunakan muslihat akan menerima padahnya.

40.Daya pemikat yang ada pada peniaga Cina adalah antara ciri seni niaga orang Cina yang penting. Mereka akan melebihkan pelanggan dengan menambah nilai ke atas barangan yang dibeli, menyediakan khidmat selepas pembelian.

41.Peniaga Cina seorang yang bersikap ringan tulang, peramah dan menjadikan pelanggan mereka sebagai saudara ataupun paling kurang, sebagai sahabat yang rapat.

42.Peniaga tidak seharusnya menjadi pengikut tetapi perlu berusaha menjadi pemimpin dalam bidangnya. Pemimpin yang baik tahu bila masa yang sesuai untuk bertindak dan bagaimana hendak menyelesaikan masalah.

43.Dalam seni niaga orang Cina, tidak menjadi satu perkara yang memalukan jika seseorang itu mengalah sekiranya dengan melakukan itu, dia akan mendapat peluang yang lebih baik. Mengalah tidak bererti kalah.

44.Peniaga perlu ada rasa ‘sensitif’. Perasaan itu dapat membantu peniaga mengesan sebarang bentuk perubahan yang berlaku. Orang yang ada elemen sensitif ini dapat menghidu peluang dan menukarkan keadaan yang buruk kepada situasi yang menguntungkan.

45.Peniaga sepatutnya mendapatkan seberapa ramai kawan, bukan musuh yang dicari. Mereka yang suka berlawan, berkelahi dan mencetuskan konflik tidak sesuai menjadi peniaga.

46.Peniaga Cina suka menggunakan ahli keluarga sendiri bagi membantu urusan perniagaan mereka. Bagi mereka, lebih baik mengupah orang yang mereka kenal dan mempunyai pertalian daripada mengambil orang luar.

47.Bagi mengikat kesetiaan para pekerja, setiap majikan perlu melayan pekerja seperti ahli keluarganya sendiri. Majikan tidak boleh terlalu berkira dengan pekerjanya.

48.Orang Cina akan rasa rendah diri jika mereka gagal hidup berdikari dan hanya makan gaji sepanjang hayat. Selagi seseorang itu bekerja makan gaji, selama itulah dia tidak boleh menjadi kaya dan meningkatkan kedudukan sosialnya.

49.Orang Cina tak takut dengan kegagalan dan kerugian. Bagi orang Cina, tanpa rugi tidak mungkin akan datang untung. Orang Cina juga jarang memandang rendah kepada mereka yang gagal dalam perniagaan.

50.Peniaga Cina tidak bersikap boros. Peniaga baru perlu secara sederhana. Jangan suka menunjuk-nunjuk kerana ia adalah sikap yang tidak memberikan keuntungan. Tidak ada gunanya mempunyai premis perniagaan yang cantik, kereta mewah dan berpakaian seperti tokoh korporat besar jika perniagaan lingkup separuh jalan.

Sumber : blog syue

Ikan Masin Sabah

Bekalan Ikan Masin

Nak keluar makan malas, badan taklah berapa sihat sangat. Peti ais takde yang best nak di makan..huhu..Nasib baiklah hari tu balik kampung biasalah kalau balik sabah memang tidak sah kalau tidak beli ikan kering, nasib baik stok-stok banyak. Udang kering, ikan bilis fulamak rumpai laut pun ada (biasalah collagen semulajadilah katakan)

jeng2 apa resepi hari nie
Ikan Masin Sambal hehhe
Bahan-bahannya rasanya semua org tau
tapi ini lah hasilnya.

Sapq yg berminat nk dapatkan bekalan ikan masin, bilis , udang kering bolej watsap sy sebab sy tau lubuk2nya.

Watsap : 0162340335

Monday, 8 May 2017

TIP MEMBORONG KE CHINA

"Rahsia Borong China Terbongkar"

"BORONG KE CHINA TANPA MODAL? Biar betul..?

MEMBORONG KENA ADA ILMU, BARU JIMAT !!

THIS IS BARANG BAIK💯
📌Saya akan tunjukkan barang modal 23sen tapi harga pasaran RM5!!!
📌Kes study dari diri saya memborong ke CHINA tanpa modal-siap ada untung hampir rm1800!!.
📌Rahsia saya modal RM2000 tapi saya mendapat keuntungan sehingga RM18000..

*SAYA AKAN BAWAK SAMPLE SAMPLE BARANG DAN BERAPA HARGA SUPAYA NANTI TAK DE LA KENA COP SCAMMER..HEHEHEHE..*

✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦
INFO SEMINAR
✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦✦
Tarikh : 13 MEI 2017 (SABTU)
Masa : 9AM - 1PM(sehingga peserta puas hati)
Yuran :
✔RM 50/seorang
✔RM 90/2orang
✔RM 120/3orang
Tempat : SHAH ALAM, SELANGOR

Tarikh : 14 MEI 2017 (AHAD)
Masa : 9AM - 1PM(sehingga peserta puas hati)
Yuran :
✔RM 50/seorang
✔RM 90/2orang
✔RM 120/3orang
Tempat : KUANTAN PAHANG

"JAMINAN"..
❌❌ JAMINAN WANG AKAN DI KEMBALIKAN SEKIRANYA ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN SEMINAR KAMI ❌❌

http://www.wasap.my/60162340335

Sunday, 7 May 2017

Bahaya istidraj

Bahaya  Istidraj

Jangan Sesekali Terlena dengan Harta

Apabila buka internet fesbuk, Ig, twiiter semua orang sembang keras bagaimana utk menjadi jutawan, org kaya..bekejar-kejar masa semata-mata nk kaya sampai ada yg sanggup melewatkan benda-benda wajib seperti solat, zaman rasulullah dulu bila dengar azan bekejaranlah mereka untuk menunaikan solat walaupun sedang  memegang cangkul sanggup dilepaskan semata-mata utk menemui Pencipta mereka. Tapi berbeza denga zaman sekarang ada sesetengah orang sanggup melewat-lewatkan solat semata-mata nak duduk seminar macamana nak belajar menjadi kaya lupakah mereka siapa yang memberi rezeki kekayaan tu?? sedarkah mereka Allah sedang menguji mereka dengan nikmat yang sehingga mereka lupa & lalai dan terus berbangga dengan kejayaan demi kejayaan yang mereka kecapi sedarkah mereka? Kisah ni pernah terjadi kepada saya masa tu saya dijemput menghadiri seminar bila saya minta diri utk pergi solat boleh saja leader tu bagitau nantilah awak solat masa panjang lagi dengar seminar dulu sikit je katanya,  walhal itu bukan pun ceramah agama saya rasa tergamam seorang muslim berkata macam tu. Start dari sana sy mmg hilang minat nk join team tu. Sepatutnya dalam mencari rezeki ni kita jangan lupa kepada Sang Pencipta. Nak kaya boleh tapi nawaitu perlu betul niatkan utk berjihad kejalan Allah itulah motif utama Allah ciptakan khalifah di muka bumi ni. Duit kekayaan tu digunakan untuk berjihad kejalan Allah. Nak kaya boleh tapi betulkan dulu niat tu.
Ambillah pengajaran daripada kisah Kehidupan Rasulullah ni..
Suatu hari seorang lelaki miskin mendatangi Aisyah r.a. isteri Rasulullah ﷺ, Aisyah pun memberinya sedekah. Lalu Aisyah memanggil pembantunya Barirah dan menyuruhnya memperhati dan menyelidiki lelaki itu samada ianya miskin atau berpura-pura menjadi miskin. Melihat kejadian tersebut, Rasulullah ﷺ kemudian menegur Aisyah dengan sabdanya “ Jangan kau berhitung dalam memberi sedekah karena Allahpun tidak pernah berhitung dalam memberikan rezeki kepada kita “ (HR.Nasa’i , Ibnu Hibban, Ahmad dan Haitsami )

Dalam kesempatan lain Rasulullah ﷺ juga menganjurkan: “ Wahai Aisyah, berlindunglah dari api neraka meski hanya dengan bersedekah separuh biji kurma, sungguh separuh biji kurma itu mengisi perut orang yang lapar sama seperti ia mengisi perut orang yang kenyang “ (ertinya, walaupun separuh, biji kurma itu sudah cukup mengenyangkan bagi orang-orang yang sedang kelaparan) ( HR.Ahmad dan Mundziri )

Rasulullah ﷺ adalah seorang Pemimpin dan Usahawan yang sejati. Kemenangan demi kemenangan terus diraih demikian pula kekayaan selalu mengejar-ngejar beliau, sehingga ketika beliau menjadi Pemimpin tertinggi, kekayaan negara pun melimpah ruah. Tetapi tahukah teman-teman ada salah satu doa yang beliau ucapkan sehingga Aisyah terkejut ?.

Aisyah mendengar Rasulullah ﷺ berdoa : “ Ya Allah, jadikanlah gaya hidupku seperti gaya hidup orang miskin, cabutlah nyawaku dalam keadaan miskin, lalu kumpulkanlah aku pada Hari Kiamat bersama kelompok orang miskin “.

Mendengar doa itu Aisyah lantas memberi komen, “ Mengapa engkau berdoa seperti itu wahai Rasulullah ? “, Beliau menjawab :

“ orang-orang miskin akan masuk Syurga 40 tahun lebih awal dari pada orang-orang kaya, wahai Aisyah jangan pernah menolak orang-orang miskin meski engkau hanya bisa memberi separuh biji korma, cintailah orang miskin dan dekatkanlah mereka kepadamu agar Allah juga mendekatkanmu kepadaNYA pada Hari kiamat nanti “ ( HR.Tirmidzi, Baihaqi dan Mundziri )

Mengapa Nabi berdoa demikian, apakah kita tidak boleh kaya raya ? Rasullullah ﷺ bukan orang miskin, beliau Pemimpin yang kaya raya tetapi gaya hidup diri dan keluarganya adalah gaya hidup orang yang paling miskin. Pernah dalam 40 malam rumah beliau tidak ada api yang menyala ertinya tidak ada bahan makanan yang boleh dimasak. Beliau hanya makan beberapa biji kurma dan air sahaja.

Dan ketika beliau meninggal hampir tidak ada harta warisan yang beliau tinggalkan, seluruh kekayaannya diwakafkan dan disedekahkan untuk perjuangan Islam, jadi apakah tidak logik akan doa Rasulullah ﷺ tersebut ?

Kita wajib berusaha menjadi kaya raya selama umur kita masih produktif kerana ada kewajiban berzakat, haji dan sedekah. Namun, banyak di antara kita yang hidup mewah serta berkecukupan tetapi tidak menginfakkan sedikit harta ke jalan Allah. Seperti hadis Nabi yang mengatakan bahawa:

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (aitu): Sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan do’a anak yang soleh” (HR. Muslim no. 1631)

Wallahu a’lam