Bahaya Istidraj
Jangan Sesekali Terlena dengan Harta
Apabila buka internet fesbuk, Ig, twiiter semua orang sembang keras bagaimana utk menjadi jutawan, org kaya..bekejar-kejar masa semata-mata nk kaya sampai ada yg sanggup melewatkan benda-benda wajib seperti solat, zaman rasulullah dulu bila dengar azan bekejaranlah mereka untuk menunaikan solat walaupun sedang memegang cangkul sanggup dilepaskan semata-mata utk menemui Pencipta mereka. Tapi berbeza denga zaman sekarang ada sesetengah orang sanggup melewat-lewatkan solat semata-mata nak duduk seminar macamana nak belajar menjadi kaya lupakah mereka siapa yang memberi rezeki kekayaan tu?? sedarkah mereka Allah sedang menguji mereka dengan nikmat yang sehingga mereka lupa & lalai dan terus berbangga dengan kejayaan demi kejayaan yang mereka kecapi sedarkah mereka? Kisah ni pernah terjadi kepada saya masa tu saya dijemput menghadiri seminar bila saya minta diri utk pergi solat boleh saja leader tu bagitau nantilah awak solat masa panjang lagi dengar seminar dulu sikit je katanya, walhal itu bukan pun ceramah agama saya rasa tergamam seorang muslim berkata macam tu. Start dari sana sy mmg hilang minat nk join team tu. Sepatutnya dalam mencari rezeki ni kita jangan lupa kepada Sang Pencipta. Nak kaya boleh tapi nawaitu perlu betul niatkan utk berjihad kejalan Allah itulah motif utama Allah ciptakan khalifah di muka bumi ni. Duit kekayaan tu digunakan untuk berjihad kejalan Allah. Nak kaya boleh tapi betulkan dulu niat tu.
Ambillah pengajaran daripada kisah Kehidupan Rasulullah ni..
Suatu hari seorang lelaki miskin mendatangi Aisyah r.a. isteri Rasulullah ﷺ, Aisyah pun memberinya sedekah. Lalu Aisyah memanggil pembantunya Barirah dan menyuruhnya memperhati dan menyelidiki lelaki itu samada ianya miskin atau berpura-pura menjadi miskin. Melihat kejadian tersebut, Rasulullah ﷺ kemudian menegur Aisyah dengan sabdanya “ Jangan kau berhitung dalam memberi sedekah karena Allahpun tidak pernah berhitung dalam memberikan rezeki kepada kita “ (HR.Nasa’i , Ibnu Hibban, Ahmad dan Haitsami )
Dalam kesempatan lain Rasulullah ﷺ juga menganjurkan: “ Wahai Aisyah, berlindunglah dari api neraka meski hanya dengan bersedekah separuh biji kurma, sungguh separuh biji kurma itu mengisi perut orang yang lapar sama seperti ia mengisi perut orang yang kenyang “ (ertinya, walaupun separuh, biji kurma itu sudah cukup mengenyangkan bagi orang-orang yang sedang kelaparan) ( HR.Ahmad dan Mundziri )
Rasulullah ﷺ adalah seorang Pemimpin dan Usahawan yang sejati. Kemenangan demi kemenangan terus diraih demikian pula kekayaan selalu mengejar-ngejar beliau, sehingga ketika beliau menjadi Pemimpin tertinggi, kekayaan negara pun melimpah ruah. Tetapi tahukah teman-teman ada salah satu doa yang beliau ucapkan sehingga Aisyah terkejut ?.
Aisyah mendengar Rasulullah ﷺ berdoa : “ Ya Allah, jadikanlah gaya hidupku seperti gaya hidup orang miskin, cabutlah nyawaku dalam keadaan miskin, lalu kumpulkanlah aku pada Hari Kiamat bersama kelompok orang miskin “.
Mendengar doa itu Aisyah lantas memberi komen, “ Mengapa engkau berdoa seperti itu wahai Rasulullah ? “, Beliau menjawab :
“ orang-orang miskin akan masuk Syurga 40 tahun lebih awal dari pada orang-orang kaya, wahai Aisyah jangan pernah menolak orang-orang miskin meski engkau hanya bisa memberi separuh biji korma, cintailah orang miskin dan dekatkanlah mereka kepadamu agar Allah juga mendekatkanmu kepadaNYA pada Hari kiamat nanti “ ( HR.Tirmidzi, Baihaqi dan Mundziri )
Mengapa Nabi berdoa demikian, apakah kita tidak boleh kaya raya ? Rasullullah ﷺ bukan orang miskin, beliau Pemimpin yang kaya raya tetapi gaya hidup diri dan keluarganya adalah gaya hidup orang yang paling miskin. Pernah dalam 40 malam rumah beliau tidak ada api yang menyala ertinya tidak ada bahan makanan yang boleh dimasak. Beliau hanya makan beberapa biji kurma dan air sahaja.
Dan ketika beliau meninggal hampir tidak ada harta warisan yang beliau tinggalkan, seluruh kekayaannya diwakafkan dan disedekahkan untuk perjuangan Islam, jadi apakah tidak logik akan doa Rasulullah ﷺ tersebut ?
Kita wajib berusaha menjadi kaya raya selama umur kita masih produktif kerana ada kewajiban berzakat, haji dan sedekah. Namun, banyak di antara kita yang hidup mewah serta berkecukupan tetapi tidak menginfakkan sedikit harta ke jalan Allah. Seperti hadis Nabi yang mengatakan bahawa:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (aitu): Sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan do’a anak yang soleh” (HR. Muslim no. 1631)
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment