Assalamualaikum..w.b.t
Belajar mensyukuri rezeki Allah. Manusia itu hidupnya BerTuhan. Hidup berTuhan maksudnya selalu berkomunikasi dengan Allah. Apa maksud berkomunikasi?
Andai kita berkomunikasi dengan manusia, maksudnya kita bercakap dengan manusia seperti berbual, bergurau, meluahkan perasaan, memberi pendapat. Dengan Allah juga kita boleh begitu.
Mungkin ada yang berkata,“Macam orang gila pula”. Firman Allah SWT:
Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Surah Qaf : 16)
Ayat di atas membuktikan bahawa Allah sememangnya dekat dengan kita. Sangat dekat. Allah sentiasa mendengar isi hati kita. Dia tidak pernah tidur, tidak pernah lalai. Allah sentiasa berjaga.
Betapanya hebatnya Allah, Dia telah mencipta million orang di dunia ini namun masih Dia mampu mengetahui isi hati tiap seorang daripada hamba-Nya. Subhanallah.
Mulakanlah berkomunikasi dengan Allah walau sekecil apa pun yang kita mahu lakukan. Sekalipun Allah sudah tahu kita nak buat apa tetapi apa salahnya kita berkomunikasi dengan-Nya yang juga memberi kita bukti bahawa kita ingat pada-Nya. Contohnya:
“Ya Allah, aku sempit sangat ni Ya Allah. Banyak duit nak guna. Kau berilah aku rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”
Sekalikan juga dengan zikir Asmaul Husna ni :
✔ Ya Fattah (Yang Maha Pembuka)
✔ Ya Wahhab (Yang Maha Memberi)
✔ Ya Basit (Yang Maha Melapangkan)
✔ Ya Razzaq (Yang Maha Memberi Rezeki)
Zikir 40 kali setiap kali selepas solat atau sebanyak-banyaknya pada bila-bila masa sambil mengadu kepada Allah;
“Ya Allah, bukakanlah dan berikan kelapangan rezeki buat hambaMu ini. Hanya Engkau sebaik-baik Pemberi Rezeki.”
#urutbekam
#borongchina
#minyak1001
http://www.wasap.my/60162340335